Saturday, April 11, 2015

Kesan Memakai Kasut Tumit Tinggi Kepada Wanita

Memiliki sepasang kasut tumit tinggi itu adalah wajib bagi seorang yang bergelar wanita. Selain cantik untuk penampilan, ia mampu buatkan kita nampak lebih elegan dan yakin walaupun bertubuh rendah..
Bagi yang sukakan kasut tapak rata, anda mungkin boleh menarik nafas lega. Berbeza bagi si gadis yang gilakan kasut tumit tinggi, tahukah anda beberapa risiko dikenal pasti melalui kajian dilakukan pakar berkaitan pemakaian aksesori ini secara kerap.


Nampak 20 tahun lebih tua

Menurut kajian terbaru Universiti Stanford University, Amerika Syarikat, kasut tumit tinggi dipercayai boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.

Responden wanita diminta memakai kasut kasual atau sneakers bertapak rata, kasut bertumit tinggi empat sentimeter (sm) dan 8sm selain diminta berjalan dengan mengenakan rompi (jaket) seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Gerak tumit responden diamati ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita seluruh dunia.

Posisi kaki berbeza daripada biasa

Dalam kajian sama, kumpulan saintis tulang turut mendakwa, pencinta kasut tumit tinggi atau ‘stiletto heels’ akan mengalami kedudukan tumit dengan mudahnya beralih hingga berubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.

Keadaan ini mampu membuatkan lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau seolah-olah mengalami penyakit tulang rapuh artritis. Situasi menjadi lebih buruk apabila si pemakai memiliki berat badan berlebihan.


Berat berlebihan risiko tinggi

Tubuh wanita yang berat badannya lebih akan menekan sendi di bahagian kaki, sekali gus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan. Malah, pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.

Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu, tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata.

Selain daripada risiko dan faktor penuaan lebih awal, kajian ini lebih merujuk kepada keutamaan menjaga kesihatan dan keadaan fizikal. Tidak salah bergaya tapi perlu tahu had dan impak selepasnya.

* Kredit to sportmusang

PERADUAN " SHOP, SNAP & WIN "

PERADUAN " SHOP , SNAP & WIN " ( HADIAH DITAWARKAN RM1000 )



Syarat peraduan seperti di bawah :
  1. Like fb page LizDaniaCollection.
  2. Beli mana-mana produk dari lizdania samada secara online ataupun offline.
  3. Gayakan produk dengan kreatif.
  4. Post gambar di wall fb page LizDaniaCollection dengan slogan “ Saya suka Lizdania kerana.... “ (tidak lebih 20 patah perkataan) dan #lizdania
  5. Sertakan nama dan no resit anda pada posting tersebut.
  6. Tag 5 rakan pada posting anda.
  7. Pm details anda, No resit pembelian,nama , no kad pengenalan, alamat dan no tel anda ke http://m.facebook.com/messages/thread/213617765416750
  8. Peraduan dari 1 April 2015 hingga 31 mei 2015
  9. Seorang pemenang bertuah akan dipilih oleh pihak juri, keputusan juri adalah muktamad. 
Tertakluk Terma & Syarat

Tentang Lizdania

Lizdania diasaskan oleh pasangan adik-beradik iaitu Hamdan dan Rosliza Ali. Nama Lizdania terhasil dari gabungan nama 2 pengasas dan ibubapa kami. Lizdania menawarkan pelbagai koleksi tudung terkini kepada anda. Kami merupakan agen pemasar bagi pelbagai koleksi tudung untuk beberapa jenama terkenal yang diyakini kualiti produknya, selain itu kami juga turut mengeluarkan tudung bawal chiffon, satin dan beberapa koleksi shawl dan halfmoon.

Kami hanya memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan kira-kira beberapa tahun yang lepas dengan hanya menjual di kilang-kilang dan menumpang sebahagian kedai rakan. Melihat kepada perkembangan yang baik dalam industri ini dan berkat sokongan berterusan daripada para pelanggan tetap, kami mengambil keputusan untuk membuka butik pertama kami pada Januari 2013.

Di peringkat awal pembukaan butik, kami hanya menjual secara offline di butik dan mengunakan medium online seperti Facebook dan Blog untuk mengemaskini tudung terbaru dan berhubung dengan pelanggan online kami.
Setelah lebih setahun menggunakan cara seperti itu, demi memudahkan dan menyenangkan pelanggan-pelanggan online membuat pembelian, kini kami mempunyai laman web iaitu www.lizdania.com.my
Kami berharap, ia akan mengukuhkan lagi jenama kami di pasaran selain menambahkan kepercayaan pelanggan-pelanggan di luar sana terhadap produk dan perkhidmatan kami.


Cara-cara menghubungi kami :

Alamat Butik
Lot G-5, Medania MARA, Bandar Jeli, 17600 Jeli, kelantan
Tel : 09-9440364
Whataps : 017-4349946 @ 013-4777365
Fb page : LizDaniaCollection
Website : www.lizdania.com.my


Thursday, April 9, 2015

Kenapa Kucing pilih kita ?




Kenapa Kucing pilih kita ?



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,







Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

# kredit to Sportmusang